Blog

Pengumuman Seminar Tip Motivasi dan Inspirasi Tip Pemasaran Bisnes Tip Perniagaan Umum

3-Hari Lagi Untuk Saya Berangkat Menunaikan Ibadah Haji

Hajj-2014_dao
3-hari sahaja lagi sebelum saya berangkat menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan ibadah Haji. Saya bersyukur kerana pada usia menjejaki 40-tahun menjelang November 2014 ini, Allah swt telah memberikan pimpinan, petunjuk, nikmat dan amanat kepada saya selama ini sehingga saya menerima undanganNya ini.
Ini adalah berkat doa ibu saya, ibu mertua saya dan doa anda semua serta berkat Rasulullah saw.
Hati ini semakin sayu dan di sini saya ingin memohon maaf zahir dan batin jika selama kita berkenalan atau berurusan, jika ada apa-apa perkara yang tidak menyenangkan, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf. Mohon doakan kami sekeluarga juga.
Sebelum keberangkatan saya ini juga, saya ingin berkongsi beberapa siri program pembelajaran yang ada untuk anda yang ingin terus hadir belajar di dalam proses meningkatkan potensi diri, ilmu pelaburan atau ilmu yang membantu perniagaan.
Kami juga telah menjadualkan program untuk anak-anak berumur 9-17 tahun bagi memastikan cuti sekolah mereka diisi dengan aktiviti yang sangat bermanfaat dan tidak duduk di rumah hanya menonton kartun atau bermain video games.
Belajar Dunia Pelaburan Saham
Ramai orang Melayu yang tidak terlibat dengan pelaburan saham atau takut rugi jika melabur dalam pelaburan saham dek kerana tidak ada ilmu.Bagi anda yang ingin mula mendedahkan diri atau meningkatkan ilmu pelaburan saham dan belajar bagaimana strategi untuk membuat keuntungan saham, pertama kali saya telah melancarkan satu siri Klinik Pelaburan Saham yang akan bermula Ahad ini 28 Sept 2014 di Wisma PKPS, Shah Alam, diikuti dengan lokasi Pearl View Hotel, Seberang Perai, Penang (8 Okt), Hatten Hotel, Melaka (10 Okt), New York Hotel, Johor Bahru (17 Okt), Wisma MCA, Kuala Lumpur (22 Okt) dan M.S. Garden Hotel, Kuantan (24 Okt).
Ia bakal disampaikan oleh Mentor Pelaburan Saham #1 Malaysia, Mohd Asri Ahmad yang bukan sahaja telah berkongsi ilmu dan pengalaman lebih 15 tahun beliau membuat duit “dapur” melalui pelaburan saham dengan menulis buku tentang saham yang telah menjadi Best-Seller di MPH, malah sepanjang lebih satu tahun ini beliau telah berkongsi ilmu dan membantu ramai membuat keuntungan di dalam pelaburan saham dengan modal serendah RM10. Ini peluang keemasan anda untuk hadir dan belajar. Anda boleh mendaftar di www.KlinikPelaburan.com.
Saya juga ingin memberikan hadiah eBook Percuma yang ditulis oleh Sdr Mohd Asri Ahmad.
Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK)
Lebih kurang seminggu selepas sekembalinya saya dari ibadat Haji, Insya Allah pada 16 Oktober 2014 nanti, saya bakal beraksi di program yang paling disukai oleh ramai kerana keberkesanannya Insya Allah, iaitu Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 23-26 Okt 2014. Program ini telah terbukti selama 5 tahun penganjurannya telah membantu ramai di luar sana yang berkerjaya, berniaga, suri rumah atau sesiapa sahaja yang hadir untuk belajar bagaimana untuk merubah tahap hidup dan kewangan mereka dalam masa yang pantas dengan mempelajari formula-formula yang membantu menjadikan anda seorang yang menarik kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan, keberkatan dalam hidup serta mudah mencapai segala impian anda Insya Allah. Program selama 4-hari ini bakal menjadi IMKK terakhir 2014 serta kali terakhir diadakan selama 4-hari kerana ia akan menjadi lebih intensif hanya selama 3-hari sahaja selepas ini (Jika masih ada).
Siapa yang patut hadir?
1-Anda yang mengalami tekanan dan masalah kewangan yang teruk atau kritikal. Anda yang mengalami simptom “kebocoran wang” di mana duit datang dan pergi sangat pantas daripada diri anda. Duit tidak mudah “melekat” pada diri anda. Mungkin ada orang kata ianya masalah keberkatan tetapi sebenarnya anda tidak akan tahu punca masalah sebenar sehingga anda mempunyai ilmu yang bakal dikongsikan nanti di IMKK.
2- Anda yang merasakan anda ingin mencapai pelbagai impian kewangan dan kejayaan tetapi seolah-olah terhalang. Anda akan belajar formula-formula penting bagaimana untuk merealisasikan impian anda Insya Allah.
3- IMKK juga sangat membantu mereka yang ingin bukan sahaja meningkatkan kejayaan dalam apa sahaja bidang tetapi hidup dengan matlamat yang jelas.
Saya mencadangkan anda untuk layari sekarang www.IMKK2014.com untuk dapatkan 50 Formula bagaimana menarik kejayaan dalam hidup serta maklumat lanjut mengenai program 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan nanti.
Layari segera www.IMKK2014.com
Kem Tahfiz RichKids SmartKids
Sempena cuti sekolah yang akan datang akhir tahun ini, marilah kita sama-sama lahirkan satu generasi anak yang soleh dengan menyediakan keperluan dan segala program yang terbaik buatnya agar kita akan tenang di sana nanti.
Daftarlah anak-anak kesayangan anda untuk bimbingan yang efektif di Kem Tahfiz Rich Kids Smart Kids di www.richworks.com.my/kemtahfiz.
Maafkan saya jika perkongsian saya agak panjang kali ini. Saya berharap melalui program-program ilmu potensi diri, usahawan, pelaburan dan lain-lain program anjuran Richworks, ia dapat membantu meningkatkan kehidupan anda sekeluarga Insya Allah.
Saya sangat percaya dengan prinsip “Bila minda berubah dengan ilmu yang betul dan berkesan, kehidupan juga akan berubah” Insya Allah.
Sekali lagi, doakan kami mendapat haji yang mabrur dan doakan perjalanan kami selamat dan sihat.
Saya juga mendoakan agar anda sekeluarga sentiasa dirahmati Allah swt dan makbul segala hajat Insya Allah. Amin.
Love,
Dr Azizan Osman
Azizan Osman Ph.D
Founder & President
Richworks Education Group Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *