Tentang Azizan

DR. AZIZAN OSMAN
MENTOR USAHAWAN #1 ASIA

Dr Azizan Osman adalah antara 100 Usahawan Paling Berpengaruh 2017 di Malaysia , yang diiktiraf oleh ICG (International Coach Guild) sebagai jurulatih perniagaan dan pemasaran bertaraf dunia, Jurulatih Kepimpinan Eksekutif yang diiktiraf oleh Berkeley Executive Coaching Institute, Berkeley University, Amerika Syarikat dan beliau juga menguruskan portfolio kumpulan usahawan perusahaan kecil & sederhana dengan pertumbuhan tahunan lebih RM1 bilion.

Perjalanan beliau sebagai jurulatih bertaraf dunia bermula selepas beliau meninggalkan kerjaya pertamanya di firma broker dan stok niaga 20 tahun lalu. Beliau bermula sebagai seorang usahawan secara berperingkat dari kosong tapi gagal dan hampir bankrap selama 3 tahun pertama sehingga beliau menemui formula sendiri serta strategi kekayaan dan kejayaan yang telah menjadikan beliau jutawan pada usia 32 tahun.

Azizan telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh pada tahun 2017 (The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017). Beliau juga diiktiraf sebagai jurulatih yang ke-2 di dunia dan yang pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan dari ICG Australia sebagai jurulatih perniagaan dan pemasaran bertaraf dunia, Credentialed Master Coach.

Setelah melalui pelbagai liku kehidupan dan jatuh bangun, beliau berhasrat untuk membantu lebih ramai orang dan usahawan untuk mencapai kejayaan dalam masa yang singkat dengan strategi dan mentoring yang terbukti berkesan.

Antara selebriti yang pernah hadir ke program dan menjadi anak didik beliau adalah Dato Seri Vida, Dato Afdlin Shauki, Che’ Ta @ Rozita Che Wan, Zain Saidin, Fizo Omar, Erra Fazira, Ziela Jalil, Prof Muhaya, Ustaz Munif Hijjaz, Ustaz Asri Rabbani, Norman Hakim, Memei Suhaiza, Abby Abadi, Aeril Zafril, Wawa Zainal, Shuib Sepatu, Angah Maharaja Lawak dan ramai lagi influencers.

Beliau juga membantu dan membangunkan banyak jenama tempatan seperti Nurraysa, Das Abdul Global (DAG), Mood Republik, Eskayvie, Zapatos, Sugarscarf, Mood Republik, Andalusia Travel, Nurraysa Beauty, Dnars, Jus Hidayah Gold, Rempah Mak Siti, Ayam Bismi, Bihun Sufi dan lain lagi.

Berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dan kepakaran beliau dalam menguruskan kempen pemasaran untuk SME dan jenama gergasi serta syarikat multinasional, TM, Digi, Celcom, HSBC, Standard Chartered, beliau telah berjaya menerajui pembangunan usahawan Malaysia terutamanya bagi kaum bumiputra sejak 10 tahun yang lalu.

Beliau telah membimbing lebih 10,000 perniagaan dalam lebih 1,500 ceramah dan seminar di dalam dan di luar Malaysia. Buku antarabangsa pertamanya berjudul ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy, tersenarai antara buku terlaris di Amazon pada tahun 2016. Selain itu, beliau adalah penulis untuk 10 judul buku perniagaan dan pemasaran di Malaysia.

Lebih daripada 40 juta viewers telah mendapat manfaat menerusi sesi latihan dalam talian dan perkongsian video secara percuma di laman Facebook beliau di Azizan Osman Official yang telah mencecah 1 juta Followers, menerusi Facebook Live Talk Show yang disiarkan secara mingguan dan juga di saluran YouTube dan Instagram Azizan Osman.

Beliau juga mempunyai akses kepada mentor-mentor beliau, multi-jutawan dan penasihat perniagaan bertaraf dunia seperti Richard Branson, Verne Harnish (Penasihat Billionaire), Robin Sharma, Tony Robbins, Brendon Burchard, Bob Proctor, Brian Tracy, Bill Walsh, Marshall Goldsmith, Mentor Pemasaran Dunia, Jay Abraham dan beliau dilatih secara persendirian oleh Jay Conrad Levinson, seorang genius di sebalik ‘Guerilla Marketing.’

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah:-

Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
Meningkatkan pendapatan isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahu