Blog Tip Motivasi dan Inspirasi

Kalaulah Aku Tahu!

andai-ku-tahu
Pernah tak anda alami sindrom “Kalau aku tahu?”

Yalah, contohnya kita buat sesuatu tetapi berlaku kesilapan atau gagal then selepas setahun baru kita dapat informasi atau ilmu tentang kesilapan kita tersebut lalu kita pun cakap “Kalau aku tahu….”.

Tapi, bila sesuatu telah berlaku, maka ia dinamakan takdir atau Qada’ dan Qadar Nya. Kita tidak boleh menyesal atau menyalahkan sesiapa sebenarnya tetapi saya percaya, kita boleh belajar dan ambil pengajaran tentang punca sebenar kenapa ianya berlaku bukan?

Saya dapati sepanjang perjalanan hidup saya serta proses saya membina kehidupan, kewangan dan perniagaan saya, saya selalu “terjebak” di dalam keadaan “Kalau aku tahu!” ini. Dan ianya berlaku terutamanya apabila saya membuat sesuatu perkara atau keputusan dengan tiada persediaan ilmu.

Banyak kali berlaku di mana bila saya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu dan tanpa memahami tentang kesan sesuatu keputusan tersebut, maka ianya membawa kepada “damages” ataupun kerugian yang besar samada dari segi masa, tenaga atau kewangan.

Semua orang berharap kita ada magik dan boleh mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan dan suka saya katakan ianya adalah hampir-hampir mustahil. Kita tidak ada bola kristal yang boleh meramal masa hadapan tetapi lesson apa yang saya belajar selama ini ialah, kita boleh lebih bersedia dengan masa hadapan apabila kita mempunyai ilmu atau akses kepada maklumat tentang apa yang possibly mungkin berlaku di masa hadapan.

Dan inilah yang saya cuba sampaikan sejak beberapa tahun ini, sistem ekonomi dan kewangan dunia menunjukkan petunjuk-petunjuk krisis ekonomi atau sekurang-kurangnya kadar inflasi kenaikan harga barang yang meningkat over beberapa tahun ini. Bukan saya kata tetapi dengan ilmu yang saya baca dari sumber jurnal-jurnal ekonomi dan kewangan semuanya menunjukkan tekanan ekonomi dan kewangan yang semakin meningkat. Ianya telah bermula tetapi akan semakin dahsyat menjelang sempadan 2015 hingga 2018.

Tidak ada sesiapa pun yang akan suka keadaan ini. Dan kita boleh terus berfikiran positif yang ianya tidak berlaku tetapi jika anda biasa dengan perniagaan dan pelaburan, anda pasti tahu yang ianya sedang berlaku.

Apa yang anda akan lakukan andainya “Kalau anda tahu” yang ianya sedang berlaku?

Apakah persediaan anda?

Anda bekerja? Gaji anda akan mengecil nilainya.

Anda berniaga? Kuasa membeli orang ramai akan berkurangan.

Di dalam cabaran ekonomi, pasti akan ada yang “terluka” tetapi saya juga tahu, pasti akan ada mereka yang melaluinya dengan gembira terutamanya mereka yang tahu potensi kewangan dan kejayaan yang mereka boleh capai ketika krisis kewangan.

Pernah dengar di mana ada masalah, di situ ada peluang?

Tetapi ia hanya akan menguntungkan mereka yang mempunyai ILMU. Sebab itu pentingnya “Kalaulah aku tahu!”.

Tapi sebenarnya tanpa semua isu ini selama ini pun, adakah anda benar-benar hidup dengan potensi diri, potensi kewangan dan potensi kejayaan yang sebenar.. Adakah anda mempunyai ilmu yang diperlukan untuk anda ubah dan tingkatkan potensi kehidupan dan kewangan anda samada untuk kualiti hidup yang lebih baik serta mampu memberikan zakat, sedekah yang lebih banyak? Atau anda hidup hanya sekadar hidup?

Bak kata Prof Hamka, kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan pun hidup bukan?

Saya tahu beberapa perkara yang ramai orang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Ketika saya mengasaskan Richworks Group of Companies pada tahun 2008, Alhamdulillah ianya berkembang dengan penguasaan beberapa industri yang tidak ramai orang kita ceburi atau kuasai. Syarikat kami menjalankan perniagaan di dalam bidang Agensi Pengiklanan & Pemasaran dengan pengalaman saya menguruskan projek pengiklanan dan pemasaran sejak 2001. Kami juga terlibat di dalam pelaburan Hartanah, Pengurusan Korporat & Syarikat, Printing & Publications, Pendidikan dan Coaching & Training.

Kenapa saya terlibat di dalam Industri Coaching & Training? Kerana ia adalah salah satu cara untuk saya menyumbang kepada pembangunan manusia.

Saya dapati ramai orang adalah seperti saya satu masa dahulu. Tidak tahu apakah potensi sebenar yang tersimpan di dalam diri. Ramai orang tidak memaksimakan potensi kejayaan mereka untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan berkualiti untuk kehidupan di sini dan di sana.

Saya tahu, ramai di luar sana ingin perbaiki hidup mereka dan kewangan mereka tetapi tidak tahu bagaimana. Ramai yang “terangkut” di dalam kehidupan yang “biasa-biasa” kerana mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu.

Menjelang tahun 2015 dengan cabaran yang lebih besar, saya telah membuat keputusan untuk kembali berkongsi tentang bagaimana anda boleh mengenal dan menguasai potensi diri, kehidupan dan kewangan anda agar anda lebih bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi 2015.

Saya telah melancarkan satu seminar yang bakal menunjukkan kepada anda bagaimana untuk anda lebih TAHU atau bersedia menghadapi cabaran kewangan 2015 serta bagaimana anda juga boleh meningkatkan potensi diri dan kewangan anda.

Seminar ini iaitu Seminar Kuasai Potensi Diri 2015 adalah sebuah seminar yang terakhir saya adakan pada tahun 2012. Ia pernah dihadiri oleh berpuluh ribu peserta serta telah membantu mereka lebih memahami potensi diri, kewangan dan perniagaan mereka (jika mereka berniaga).

Jangan risau. Ia tidak ada kena mengena dengan tarikh lahir. Ia bukan taklimat program MLM, Insuran, Takaful atau menyuruh anda terlibat dengan skim cepat kaya.

Program ini adalah berbayar RM50 seorang jika anda hadir seorang tetapi ia adalah 100% Percuma bila anda mendaftar dan hadir satu kumpulan 3 orang.

Matlamat seminar ini ialah agar anda mendapat ilmu dan informasi serta belajar formula yang saya gunakan di dalam menguasai potensi diri saya serta meningkatkan kewangan saya serta ramai anak didik saya.

Jangan hadir jika umur anda di bawah 21 tahun. Jangan hadir jika anda rasa anda mampu hadapi cabaran ekonomi dan kewangan yang semakin kritikal sekarang. Dan jangan hadir jika anda seorang yang sentiasa bertangguh atau beri alasan untuk melakukan perubahan kerana anda mungkin akan mendaftar dan kami menyediakan tempat anda tetapi sikap anda yang suka bertangguh akan menyebabkan anda tidak hadir juga.

Satu perkara yang anda perlu tahu. Ada sesetengah orang yang tidak menyukai saya selama ini kerana mereka skeptikal tentang usaha saya untuk mendidik atau berkongsi ilmu saya dengan anak bangsa saya, tetapi ramai yang bertukar fikiran dan berjaya merubah hidup mereka selepas hadir sesi seminar bersama saya. Ramai yang telah meningkat tahap kewangan mereka. Anda boleh tonton banyak gila video perkongsian kejayaan mereka di channel YouTube saya atas nama – Azizan Osman.

Anda boleh teruskan dengan hidup anda atau anda boleh pilih untuk tengok, dengar dan fahami apakah cabaran ekonomi 2015 dengan hadir berjumpa saya. Alhamdulillah dalam tempoh hampir 7 tahun ini, lebih 550,000 peserta yang telah mendapat manfaat dari siri seminar kami.

Pilihan di hati anda.

Jika anda pilih untuk hadir, daftar segera di www.SKPD2015.com agar anda boleh belajar bagaimana menghadapi dan lebih bersedia untuk cabaran ekonomi 2015.

Daftar 3 nama agar semua yuran menjadi 100% Percuma. Bawa ahli keluarga atau rakan anda kerana program ini mungkin dapat membantu mereka jika ianya bukan untuk anda.

Jika anda pilih untuk tidak hadir, anda tetap akan hadapi cabaran ekonomi 2015. All the best dari saya.

Jumpa nanti buat anda yang membuat keputusan muktamad untuk berjumpa saya nanti Insya Allah.

Hidup bukan sekadar untuk hidup.

Salam hormat.

Dr Hj Azizan Osman

Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

www.AzizanOsman.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *