Blog

Blog Tip Motivasi dan Inspirasi Umum

Mark Zuckerberg Tak Ada Baju Lain Ke?

Saya terbaca artikel dibawah ini tentang kenapa Mark Zuckerberg memakai tshirt kelabu yang sama selalu.

Saya suka jawapannya. Dia tidak mahu membuang masa dan tenaga otak dia untuk perkara yang kecil seperti nak pilih baju warna apa serta buang masa depan cermin setiap pagi. Dia kata lebih baik dia simpan tenaga akal dia untuk berfikir bagaimana untuk memberi khidmat serta manfaat kepada 1 billion pengguna Facebook. Tapi dia ada baju yang sama warnanya ini beberapa helai, bukan bermakna dia tidak ada baju lain.

Saya setuju kerana di dalam perjalanan saya, saya sendiri melihat ramai mereka yang mereka berjaya tidak buang masa dan mereka juga eliminate atau menghapuskan aktiviti-aktiviti yang membuang masa, mengambil masa atau tidak memberikan faedah yang besat kepada hidup mereka atau apa yang mereka lakukan.

Contohnya, saya sendiri mengenali ramai mereka yang berjaya yang tidak menonton TV atau membuang masa menonton semua benda di TV yang banyaknya adalah “sampah” otak dan emosi. Saya sendiri tidak suka tengok TV dan TV saya jarang-jarang di switch-on melainkan untuk sesuatu rancangan berilmu yang berfaedah dan bermanfaat.

Saya juga pilih untuk tinggal 2-minit sahaja dari pejabat saya kerana ia memudahkan segala urusan yang perlukan saya dipejabat atau memudahkan staf saya berjumpa saya dirumah jika ada urusan penting.

Bayangkan jika saya adalah seperti satu ketika satu waktu dahulu perlu travel hampir 2-jam untuk ke pejabat dan balik juga lebih 2-jam bila jalan adalah sesak dan apatah lagi hujan lebat, ia “mengambil”masa hidup saya selama 4-jam sehari dan 20-jam seminggu dan 80-jam sebulan dan 960-jam setahun. Itu bermakna 40-hari setahun (960 jam/24jam) adalah masa yang saya gunakan untuk travel ulang alik ke pejabat. What if 10-tahun kerja? 400-hari atau bahasa mudah lebih 1-tahun masa saya dalam tempoh 10-tahun adalah di dalam kenderaan.

Jika ada pilihan, kita boleh gunakan untuk belajar mengaji atau hafal ayatul Quran dalam kereta dan bukan sekadar dengar radio. Kita juga boleh dengar CD-CD ilmu agama atau yang membantu peningkatan diri. Dan macam-macam perkara yang boleh tingkatkan kelebihan diri. Kita juga boleh dengar CD audio book tentang topik yang kita suka di dalam kereta atau menggunakan headset melalui handphone kita jika kita menaiki bas, Komuter atau LRT.

Point saya ialah, ambil iktibar dengan apa yang orang kongsikan tentang sikap dan habit mereka yang berjaya.

Of course yang terbaik adalah jika kita tidak perlu travel lama untuk ke tempat kerja.

Bagi yang baru nak kerja atau berniaga, buat sesuatu atau bekerja ditempat yang tidak memerlukan kita travel jauh setiap pagi dan petang untuk ke tempat kerja supaya kita boleh kerja dengan efisyen tetapi pada masa yang sama, kita dapat spend masa bersama keluarga lebih segera bila habis kerja. Wallahu A’lam.

Moral of the story: Buang atau elakkan membuat sesuatu yang paling kurang nilainya dalam hidup kita dan gantikannya dengan sesuatu yang lebih tinggi nilai atau kualitinya dalam hidup kita. Ingat, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Dan elakkan buang masa bercakap hal orang, fitnah orang atau gosip tentang orang lain kerana banyak lagi perkara yang lain yang berfaedah yang kita boleh lakukan untuk mencari redha Allah swt di dunia untuk bekalan di sana. Mati itu pasti, buat baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.

Love
‪#‎AzizanOsman‬

Sumber: http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/mark-zuckerberg-dedah-kenapa-dia.html?m=1
klinik-usahawan-2014-leaderboard

One thought on “Mark Zuckerberg Tak Ada Baju Lain Ke?”

  1. Saya pun ada perangai seperti Mark. Malas nak fikir & buang terlalu banyak masa setiap hari untuk fikir nak pakai baju apa. Saya tak kisah orang nak cakap saya macam tak ada baju lain. Itu bukan hal saya. Itu hal mereka. Terima kasih DAO!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *