Tak Fokus Dengan Potensi Diri Punca Salah Pilih Bisnes.

Dalam hidup ini kita tak dapat lari dari membuat keputusan. Walaupun betapa susah satu-satu keputusan perlu dibuat, ianya mesti ada keputusan. Inilah apa yang terjadi kepada Miss Fana, pemilik Pusat Tuisyen Teratak Ilmu, yang sudah berputus asa dengan bisnesnya akibat tidak mendapat banyak sambutan. Semakin hari, pusat tuisyennya semakin sepi. Dia nekad untuk putus asa dan beralih kepada bisnes lain iaitu menjadi agen produk kecantikan.

Pemegang ‘Master in Chemistry’ ini kemudiannya hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) atas tiket percuma yang diberikan oleh stokisnya ketika itu. Semasa hadir ke program IMKK, dia sendiri ragu-ragu tentang apa yang perlu beliau buat untuk majukan bisnesnya. Beliau fikir, lebih mudah menjual produk kosmetik yang sentiasa digilai ramai dari membuka pusat tuisyen yang sepi dan dah macam rumah hantu layaknya! Kata orang – Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tahu.

Dalam program IMKK, Miss Fana sangat terkesan dengan ayat yang dikeluarkan oleh Dr Azizan. Kata beliau ‘fokus buat apa yang anda tahu untuk bantu lebih ramai manusia selesaikan masalah mereka.” Ketika ini beliau sedar, beliau tahu banyak ilmu Sains Tulin seperti Add Maths, Kimia, Biologi dan Fizik, kenapa beliau tak gunakan kepakarannya untuk membantu anak bangsa yang ramai sangat lemah dalam ilmu sains tulin terutamanya di peringkat SPM? Kenapa beliau nak cuba buat perkara baru yang beliau sendiri tak tahu dan tak arif?

Dari situlah membuatkan beliau semakin nampak hala tuju pusat tuisyennya yang sudah hampir tutup. Beliau kemudian hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) di mana beliau nampak secara jelas bagaimana beliau harus lakukan untuk memasarkan pusat tusyennya. Beliau kenal siapa target sebenar yang beliau perlu fokuskan dan bagaimana untuk membuat marketing tanpa kos yang tinggi tetapi berkesan. Syukur, dengan strategi marketing yang beliau dapat dari program MMM, beliau mula bertindak.

Setiap hari beliau buat sesi ‘Live’ di Facebook Pagenya dan dari situ ramai ibu bapa mula nampak kemampuan guru-guru pusat tuisyennya. Miss Fana tak perlukan masa yang lama untuk mengisi ruang-ruang kosong di Pusat Tuisyen Teratak Impian. Sehingga kini, beliau bukan sahaja sibuk dengan menguruskan pusat tuisyen dan mengajar subjek Kimia dan Sains Tulin, beliau juga sudah mampu mengadakan Program Pecutan SPM untuk menyediakan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dan sambutan yang beliau terima sangat menggalakkan. Kadang-kadang, kita melihat terlampau jauh ke hadapan yang masih kabur sehingga lupakan apa yang jelas dan ada di telapak tangan. Bisnes sepatutnya dimulakan dengan apa yang kita tahu dengan jelas, dan pakar dan lebih mudah untuk kita memasarkannya. Hanya yang ada ilmu sahaja yang akan buat tindakan sebaiknya.